Bagaimana Drama Di Ofis Bantu Terhasilnya Hijriahome

Posted by teamhh 15/11/2017 3 Comment(s)

Oleh Huda Karim, Pengasas dan Pengarah Urusan Hijriahome


Bila saya ditanyakan bagaimanakah boleh terdetiknya untuk memulakan Hijriahome, sebenarnya ada banyak jugak detik inspirasi. Tapi salah satu antaranya pasti dari pengalaman bekerja saya. Begini ceritanya..


Beberapa tahun lepas, saya dapati saya hanya memang tangkap muat sahaja apa yang saya pakai ke tempat kerja. Ya, saya bersalah. Guilty as charged T_T. Awak pon sama ke?
Setiap kali fikir “Esok nak pakai apa?”, setiap kali itulah, saya dilanda dilema wanita. Dilema tak pasti nak pakai baju apa. Bukan sebab terlalu banyak pilihan baju. Tapi sebab semuanya macam tak meyakinkan. Dan tak kena dengan jiwa saya. Yang saya berkenan, pastilah akan saya pakai sebanyak 312 kali seminggu.

Kebanyakan baju kerja saya adalah baju kurung yang saya tempah, sebab super-susah untuk cari baju plus-size ketika itu. Dan nak beli kain ela pon kena beli istimewa, sebab perlukan kain 4.5 – 5 meter untuk muatkan saiz 3XL saya berbanding kain ela siap yang dijual di pasaran hanya 4 meter sahaja (sengihhh). Seluar? Saya rasa seingat saya, hanya ada satu pasang seluar yang kena dengan saiz saya. Itupon saya beli ketika saya belajar di Australia dahulu. Dan saya pakai sehingga lusuh (dan koyak, 
ngeee).


Memiliki tubuh badan plus-size itu sememangnya sukar. Apatah lagi yang memiliki body build yang besar semenjak kecil seperti saya. Menjadi satu cabaran yang dihadapi oleh plus-sizers untuk mengurangkan berat badan (dan saiz!) tetapi ianya tidak mustahil! Chaiyok!

Lebih dari 9 tahun saya berkecimpung dalam sektor korporat syarikat multinasional minyak negara. Kepakaran saya adalah dalam bidang perancangan dan pengurusan serta sumber manusia. Saya juga banyak terlibat dalam penganjuran acara dan memenuhi undangan sebagai pengacara majlis. Jadi bayangkan betapa harus “efektifnya” wardrobe pakaian saya ketika itu.

Pada tahun ke-3 saya bekerja, saya telah dilamar untuk menjadi PA (Personal Assistant) kepada seorang General Manager yang memiliki profil tinggi di syarikat kami. Saya ingat sewaktu beliau beritahu kriteria PA yang beliau ingini pada kami sebagai HR ketika itu untuk dicari. Kriterianya adalah yang berambut blonde dan berskirt pendek (mungkin beliau berseloroh sahaja. Tapi mungkin sebab tak ada candidate yang menepati kriteria ketika itu). Lalu kemudian memilih saya sebagai PA beliau? Alamak, opposite nya!.

Maka bermulalah saat saya perlu lebih bijak mengenakan pakaian yang sesuai dengan posisi saya ketika itu. Tapi jangan risau, saya masih ada isu dalam department itu ya. Saya mula berjinak membeli pakaian online sebab nak cari di kedai sememangnya sukar. Macam-macam keyword saya pakai di laman carian hanya untuk mencari sesuap nasi, eh sehelai baju yang berketrampilan.

Sekali dah jumpa baju ofis saiz saya yeay, tapi malangnya kainnya renyuk tegar bila dipakai serta nak iron pon tak hilang kedut sejuta. Materialnya pulak sejenis polyester dan tak serap peluh lalu mengeluarkan bau aneh, terutamanya ketika panik waktu-waktu kerja kritikal.
Stres T_T. 
Dah jumpa dan beli baju ofis striped kala itu, tapi pilihan warnanya seakan “Hei, lihatlah, dunia ini aku yang punya!”. Sekali basuh, dah mengecut materialnya serta turun warnanya seribu T_T. 
Pernah mencari baju plus-size di sebuah department store di KLCC yang menjual koleksi plus-size. Tapi malangnya, pilihan yang kena dengan imej dan stail saya, hanya satu koleksi sahaja. Itu pon saya beli, dan sebenarnya kain dia agak tebal dan panas, mungkin sesuai untuk negara yang bermusim sejuk.

Belum lagi bila perlu membuat presentation kepada pihak pengurusan tertinggi, berpeluh dingin saya tak tidur malam hanya nak fikir nak pakai apa. Ya, saya pernah hadir presentation di hadapan Tuan Presiden syarikat juga. Oh, belum lagi cerita wardrobe drama ketika fasa saya mengandung ya semua, don’t even get me there hehe.

Hanya ketika tahun-tahun akhir profesion saya dapat menggayakan koleksi workwear yang betul-betul meningkatkan keyakinan dan ketrampilan saya di tempat kerja, setelah koleksi Hijriahome tercipta. Selebihnya adalah menjadi sejarah dan juga cerita lain yang baru bermula. Pernah saya berborak dengan suami saya “Bestnya kalau dulu dah ada Hijriahome workwear waktu saya kerja dulu kan?’. 

Mungkin pengalaman bekerja saya merupakan titik tolak kepada permulaan Hijriahome. Mungkin anda juga adalah inspirasi saya. Pastinya semua anekdot berharga ini (serta rakan kongsi hebat yang begitu bersemangat dan gigih) untuk membentuk tolakan sehingga terhasilnya sesebuah jenama.

Terimalah hadiah koleksi plus-size Hijriahome untuk anda semua moga menambah nilai dalam kehidupan (dan keyakinan) anda.Pasti anda ada juga cerita menarik, saya teruja untuk mendengarnya.

Kongsikan cerita anda bersama Hijriahome dan emailkan kepada hijriahome@gmail.com.

Salam sayang.


Huda Karim,
Pengasas dan Pengarah Urusan Hijriahome

3 Comment(s)

Noor Ashikin Mohd Zain:
17/11/2017, 01:21:45 AM
Reply

Wanita hebat Pn Huda ni

Huda Karim:
19/11/2017, 09:10:32 PM

Terima kasih Pn Shikin atas sokongan padu kepada Hijriahome, kami amat hargai sangat! :)

Along:
18/11/2017, 01:05:28 PM
Reply

Marvellous, keep it up! Kudos HH

Huda Karim:
19/11/2017, 09:10:58 PM

Terima kasih Along!

Farhana:
18/11/2017, 11:46:00 PM
Reply

Baca sambil imagine gaya akak bercerita.. Hihi Tahniah kak.. Semoga terus sukses!

Huda Karim:
19/11/2017, 09:11:26 PM

Hehe, terima kasih Farhana!

Leave a Comment