5 TIPS MULA BERSENAM UNTUK PLUS SIZE

Posted by teamhh 05/10/2018 0 Comment(s)

Memiliki kesihatan yang optimum adalah idaman setiap orang. Namun, untuk memulakan pelan bersenam sememangnya mencabar, lebih-lebih lagi bila kita mempunyai berat badan yang berlebihan. Mempunyai lebihan berat badan membuatkan kita terdedah kepada risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan pelbagai lagi. 

Senaman yang konsisten dapat membantu kita untuk mengurangkan risiko penyakit. Penurunan berat badan, yang mungkin berlaku akibat senaman, juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kita.



Apa yang lebih penting, senaman dapat memperbaiki cara badan kita berfungsi sepanjang hari. Tiada masalah sakit kaki apabila terlalu lama berjalan atau berdiri. Hormon endorfin yang meningkat juga dapat meningkatkan mood serta tahap keyakinan kita sepanjang hari!


Berikut adalah 5 petua untuk memulakan dan menonjolkan atlet dalam diri kita-tidak kira apa saiz kita sekarang.
 

1. Kenalpasti Big Why
 



Sememangnya terbukti kalau kita termotivasi oleh sesuatu tujuan besar, maka perubahan kita akan dapat dilaksanakan untuk jangka masa panjang. Jika kita mula bersenam hanya kerana rakan-rakan mengajak kita bersenam bersama, mungkin agak sukar untuk konsisten dengan matlamat kita.

Namun bila kita bersenam kerana contohnya , hendak lebih sihat dan bebas dari penyakit, sakit kaki atau lutut, maka ianya akan dapat memberikan tolakan dari dalam dan semangat yang berpanjangan.


Jangan risau sekiranya anda belum jumpa “Big Why” anda, tapi teruskan, anda pasti akan jumpanya satu hari nanti!

2. Dapatkan Pakaian Senam Yang Betul
 



Pemilihan pakaian aktif dengan betul sangat penting supaya sesi senaman kita selesa. Jangan risau. Koleksi Plus Size Activewear Hijriahome yang selesa hingga saiz 8XL dapat membantu kita. Anda boleh membeli belah dalam talian atau lawati butik fizikal Hijriahome.

Selain itu, bra sukan amatlah penting untuk kita kekal selesa untuk lebih aktif berlari (dan melompat!). Anda boleh dapatkan bra kegemaran kami di Hijriahome.com juga.

Akhir sekali, kita juga mesti memastikan bahawa kita mempunyai kasut sukan yang sesuai. Melaburlah untuk kasut sukan yang berkualiti supaya dapat memberikan lebih sokongan kepada berat kita semasa bersenam.

3. Tetapkan Matlamat Bukan Penimbang

Matlamat yang baik hendaklah menggunakan kaedah SMART (specific, measurable, attainable, realistic & timely). Tetapkan target kecil yang realistik secara konsisten contohnya sekiranya matlamatnya adalah untuk turun berat badan, berapakah jumlah kilogram dalam sebulan. Contoh lain, adalah berapa kerap anda bersenam dalam seminggu.


Namun, jangan biarkan skala penimbang menjadi satu-satunya pengukur kejayaan anda. Cari tanda-tanda lain yang anda semakin kuat dan langsing.

Adakah anda kehilangan satu inci dari perut anda? Adakah anda dapat bersenam dengan lebih lama dari bulan lepas? Bolehkah anda mengangkat beban berat dari sebelum ini? Adakah anda rasa lebih bersemangat apabila bangun pagi? Dan lebih bertenaga sepanjang hari?

Kunci untuk memenuhi matlamat kecergasan adalah untuk terus positif, tetap konsisten dan bersabar, insyaAllah keputusannya akan datang.

4. Fokus Kepada Teknik Anda



Teknik senaman yang betul adalah penting. Ia bukan sahaja membantu kita memanfaatkan sepenuhnya sesuatu senaman, tetapi ia juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan kita.

Sistem sokongan kita adalah sangat penting untuk kejayaan program kecergasan kita. Mempunyai jurulatih yang ‘body positive’ dan memahami keperluan emosi, fizikal dan psikologi kita adalah suatu bonus!

Jurulatih yang bagus akan dapat memberi tips untuk mengubah suai sesuatu program senaman. Mulakan dengan teknik yang diubah-suai dan kekalkan momentumnya, kita akan sampai juga kepada satu tahap kecergasan yang lebih baik!

5. Nikmati Perjalanan Dan Raikan Sukses!

Tetapkan niat, ‘senaman boleh menjadi pengalaman yang positif!’. Lebih-lebih lagi bila dilakukan bersama sekumpulan rakan-rakan yang positif. Perasaan yang sangat baik adalah antara ganjaran yang menarik bila kita dapat rasa betapa kuatnya badan kita selepas senaman.

Menjadikan kecergasan dan senaman sebahagian daripada kehidupan kita sememangnya memerlukan komitmen, motivasi dan perancangan yang baik, tetapi ganjarannya yang sangat tinggi dari sudut kesihatan dan semangat yang tinggi sangat tidak ternilai.


Raikan kejayaan kita setiap hari. Sentiasa sampaikan mesej positif setiap hari. ‘Saya benar-benar boleh melakukannya dengan lebih baik’. ‘Jom lakukannya lagi esok’.

Menjadi plus-size bukanlah halangan untuk kita lebih menghargai badan kita dan keupayaan kita. Semua orang layak untuk lebih sihat, bahagia dan gembira.

Semoga yang terbaik buat kita semua!

Huda Karim
Founder Hijriahome

Tags: Fitness Health